KUALA LUMPUR: Kementerian Perpaduan Negara dan Kementerian Dalam Negeri disaran agar bersama-sama memainkan peranan menilai tahap kefasihan bahasa kebangsaan setiap individu yang ingin mendapatkan taraf kewarganegaraan secara naturalisasi.
Senator Datuk A. Kesavadas berkata penilaian itu perlu dilakukan tidak kira siapapun individu yang terlibat sama ada selebriti, ahli perniagaan mahupun pemain bola sepak profesional.
"Mereka yang mahu mendapatkan kewarganegaraan ini seharusnya mahir berkomunikasi dan menulis asas bahasa kebangsaan.
"Apa guna jadi rakyat Malaysia tapi tidak boleh bertutur dengan baik dalam bahasa kebangsaan. Tidak malukah kepada pekerja asing yang boleh bertutur fasih dalam bahasa kebangsaan seolah-olah merekalah rakyat negara kita," katanya ketika membahaskan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja di Dewan Negara hari ini.
Senator Michael Mujah Lihan pula mencadangkan agar Kementerian Perpaduan memfokus kepada program yang menjurus ke arah menyatupadukan rakyat dengan penganjuran program kebudayaan, kesenian dan warisan.
"Ini adalah satu langkah baik dalam memastikan kita sama-sama memahami sejarah, agama, kaum dan adat resam sesuatu budaya.
"Ia harus dikekalkan dan disemai dalam jiwa kita sebagai sebuah rumpun perpaduan yang lebih segar, sesuai dengan peredaran masa," katanya.
Pada sesi sama, Senator Dr Wan Martina Wan Yusoff mengucapkan tahniah kepada Kementerian Perpaduan yang sebelum ini mencadangkan agar lafaz ikrar Rukun Negara dibaca secara penuh di setiap sesi pembukaan penggal Parlimen.
"Sebagai rakyat Malaysia, kita perlu sentiasa memperbaharui ikrar untuk membina jati diri kenegaraan. Semangat kenegaraan dengan nilai-nilai Rukun Negara adalah amat penting untuk menyatupadukan rakyat berbilang kaum," katanya yang turut meminta kerajaan merangka satu dasar ke arah memperkasakan perpaduan rakyat.
Titah sulung Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim pada mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen Ke-15 pada 26 Feb lepas menzahirkan peringatan, nasihat dan pandangan dalam pelbagai topik antaranya keperluan merangka dasar kukuh perpaduan negara, isu karenah birokrasi serta kestabilan politik.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 18 2024
Senator Datuk A. Kesavadas berkata penilaian itu perlu dilakukan tidak kira siapapun individu yang terlibat. - Bernama
MFLS terajui usaha membina negara bangsa dengan belia berkepimpinan
Dalam hasrat membina negara bangsa yang diterajui golongan berkempipinan tinggi, Akademi Kenegeraan Malaysia (AKM) meneruskan lagi program Malaysia Future Leaders School (MFLS) untuk tahun keenam.
MAVCOM batal lesen perkhidmatan udara My Jet
MAVCOM membatalkan lesen perkhidmatan udara (ASL) My Jet Xpress Airlines Sdn Bhd (My Jet) berkuat kuasa 2 Mei 2024.
600,000 pelarian rayu perlindungan, Israel dakwa tiada krisis kemanusiaan
Tentera Zionis bukan sahaja bertindak kejam dengan mengebom bandar di selatan Gaza, Rafah, tetapi juga di bahagian utara dan tengah, yang sebelum ini diisytiharkan kawasan selamat bagi pelarian Palestin.
Tiada perancangan wajibkan pasang 'dashcam' - Loke
Tiada perancangan untuk mewajibkan pemasangan 'dashcam' atau kamera papan pemuka bagi semua kenderaan di negara ini.
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Selamat Hari Guru
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah hari ini menzahirkan ucapan selamat Hari Guru kepada semua warga pendidik atas ilmu dan jasa yang dicurahkan.
Google akan guna AI lindungi telefon pengguna daripada aplikasi berbahaya
GOOGLE hari ini mengumumkan mereka akan memperluaskan lagi penggunaan ciri Play Protect pada peranti Android.
Kerosakan infrastruktur telekomunikasi: Syarikat pemaju didenda RM60,000
Syarikat Monarch Lodge Development didenda RM60,000 kerana didapati merosakkan kemudahan rangkaian milik Telekom Malaysia Bhd (TM).
[INFOGRAFIK] Statistik Guna Tenaga 2024
Berikut adalah info berkenaan dengan Statistik Guna Tenaga bagi tahun 2024.
Amerika kenakan tarif sehingga 100% pada EV, panel solar, semikonduktor China
SEPERTI yang telah dijangka Amerika Syarikat meningkatkan tarif import beberapa produk keluaran China.
Kementerian Komunikasi utamakan artis veteran dalam penganjuran majlis, program - Fahmi
Artis veteran akan menjadi keutamaan dalam majlis atau program Kementerian Komunikasi bagi membuat persembahan.
Tak boleh tolak permohonan pasport jika pemohon tidak fasih Bahasa Melayu - JIM
JIM tidak dibenarkan untuk menolak sebarang permohonan pasport hanya kerana pelanggan gagal menguasai bahasa kebangsaan.
Individu ingin mohon kewarganegaraan Malaysia perlu dinilai kefasihan Bahasa Melayu
Senator Datuk A. Kesavadas berkata penilaian itu perlu dilakukan tidak kira siapapun individu yang terlibat.
Perpaduan kaum belum sempurna, masih ada gagal kuasai bahasa kebangsaan - Agong
Masih ada generasi hari ini yang gagal menguasai bahasa kebangsaan dan memahami budaya hidup kaum lain, titah Sultan Ibrahim.
Kekangan bahasa masih jadi isu harian di agensi kerajaan
Pemerhatian di beberapa agensi kerajaan mendapati masalah penguasaan bahasa Melayu adalah isu sah yang bukan digembar-gemburkan.
PM seru masyarakat beri tumpuan tingkat mutu pendidikan
Katanya, dengan berpandukan nilai serta akhlak, negara dapat melahirkan insan yang berilmu dan akademis kerana mengamalkan prinsip agama.
Hilangnya bahasa kita di ibu kota: Kolotkah kalau tidak bercitra tempatan?
Penggunaan bahasa Inggeris di tempat awam bukanlah lambang kita berada di zon antarabangsa atau puncak globalisasi.
Protes bahasa Hindi sebagai bahasa rasmi, lelaki maut bakar diri
Sejak sekian lama, isu bahasa di India boleh menjadi suatu yang sensitif dalam situasi tertentu.
Sudah tiba masa Bahasa Melayu diangkat setaraf bahasa lain di dunia - PM
Penggunaan Bahasa Melayu tidak menjadikan negara mundur, sebaliknya, negara maju juga menggunakan bahasa sendiri, kata Ismail Sabri.
Tahap penguasan bahasa Melayu sekolah vernakular meningkat
Namun begitu, masih terdapat ruang penambahbaikan untuk meningkatkan penguasaan Bahasa Kebangsaan ke tahap yang lebih baik di SJKC dan SJKT.
Individu tidak hormat bahasa kebangsaan berdepan denda maksimum RM50,000, penjara
Individu yang didapati tidak menghormati Bahasa Kebangsaan pada masa hadapan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dihukum penjara melalui pindaan Akta Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) 1959.